Sunday 4 March 2012

Pre-Wash CD anda..!!

Sebaik sahaja menerima Cloth Diaper (CD)


**baca sejelasnya penerangan pada packaging cd atau label cd yang menerangkan tentang cara mencuci CD


1.Untuk CD selain bamboo/hemp/cotton ;

-          Lakukan Pre Wash sekurang-kurangnya 3 kali. Basuhan pertama boleh letak sedikit sahaja sabun (sukatan 1/4 dari sukatan yang disyorkan).basuhan yang kedua dan ketiga tak perlu letak sabun dah.
2. Bagi CD yang dihasilkan dari bamboo/hemp/cotton disarankan basuhan prewash pertama menggunakan air suam.
-    Prewash untuk bamboo/hemp/cotton disarankan minimum 6 kali.
PERINGATAN!!

CD dan insert dari bamboo/ hemp perlu diprewash berasingan dari CD yang lain 

Konsep Prewash:
basuh-jemur (1kali)

basuh-jemur (2 kali)

dan seterusnya mengikut sepertimana arahan di atas.

Tujuan Prewash:

* bertujuan untuk menghilangkan residu / kotoran dari kilang dan meningkatkan lagi proses serapan basahan.
*membuang minyak yang terdapat pada material bamboo/hemp.
*melatih inner juga insert untuk menyerap basahan secara maksimum.


Kalau tak prewash? 

pesan saya: jika CD anda leaking, atau pakai sekejap dah bocor, pihak saya tidak bertanggungjawab. 



Pesanan am:

Selepas pemakaian CD, bilas CD dan insert dengan air yang banyak. Stool boleh di flush dalam toilet bowl.Kemudian boleh dibasuh seperti biasa samada basuhan tangan atau mesin basuh.


 Untuk yang menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/ laundry net. 

Gunakan kuantiti sabun yang sedikit. ia sudah memadai untuk mencuci CD.

Jangan gunakan agen peluntur atau pelembut fabrik. Agen peluntur akan merosakkan CD dan agen pelembut akan mengurangkan penyerapan basahan pada pocket diaper dan insert.

Jemur CD di bawah sinar matahari. Kekuningan pada insert ataupun pocket diaper akan hilang selepas di jemur.


Selamat membuat Pre-wash!!!

No comments:

Post a Comment