Sunday 17 June 2012

CLUEBEBE

More new CD n cover to come

cover for large : RM 42 each
cover for petite : RM 39 each
pocket cd for large : RM 42 each
pocket classic : RM 39 each


details
leave your message or visit here

PORORO

new cloth diapers in town
PORORO...!!!!

cutting similar to QQ

can fit from 3-15 kilos



RM 29 each 
get more discount when you purchase more!!

-------------------------------------------------------------

detailsleave your message or visit here

GreenBBstore

PORORO





Monday 7 May 2012

new cloth diapers - gg tutu

gg tutu diapers

keluaran terbaru dr gg indonesia, lapusan luar pul, chiffon ruffle, 3 ply inserts, eta 21/5/2012, pre order price rm45, ready stocks rm48

more info do visit here facebook.com/GreenBBstore




Sunday 22 April 2012

beza insert microfiber dan charcoal bmboo

insert microfiber

- seakan tuala
- mudah kering
- material sintetik
- warna putih kebiasaan nya
- bg anak2 yg berkulit sensitif..tidak boleh digunakan direct ke kulit

insert bamboo charcoal
- material organik
- lambat untuk kering setelah di basuh
- warna kelabu dan juga putih
- selamat digunaksn directly ke kulit baby walau ank jenis kulit sensitif

Thursday 29 March 2012

CD GG Series C...sudah smpai yeay!!!!!!

Pada yang dh mebuat booking untuk cd gg series c..insyaallah mlm ni saya akan dapat cd2 tu semua..

pada yang belum book, tapi amat berminat, sila tinggal kan komen di page greenbbstore di FB, atau komen di sini ye :-)

jenguk post GG series C untuk melihat contoh warna cd ye..

yang membuat order thru blog layak menerima harga istimewa iaitu RM23 sahaja untuk setiap satu cd..berbanding normal price iaitu RM25..:-)

cara handle cloth diapers di rumah pengasuh atau taska

assalamuallaikum..

dh lama x post..hari ni sy share sikit tentang cara saya handle cd di rumah pengasuh ye

selalunya saya memang akan bagi 5 cd dan 2 wet bag utk anak saya. by the end of the day, saya akan cek berapa banyak cd dh guna untuk satu hari, selalunya anak akan guna at least 3 cd satu hari, kalu poopoo 4 cd..

so satu wet bag utk cd, satu lg untuk baju kotor :-)

kalu poo poo, bbsitter akan buang poopoo dlm toilet..bilas, perah kering n letak dlm wet bag, kalu hanya buang air kecil, akan bilas, perah dan letak dlm wet bag juga.

balik rumah saya akan bilas lagi, dan rendam dalam air bersih..smpai mlm esk nya..sebab saya cuma basuh baju anak anak dan cd 2 hari sekali je..:-)

tak susah kan? mana ada susah..:-)

alhamdullillah, bbsitter anak dara yang kecil tu sgt helpful dan penuh toleransi.

Friday 23 March 2012

..::Pakej Promosi kami::..

Kami sedang menjalankan Promosi untuk Babyland printed dan BabyWizard

Jom jenguk page promosi kami di SINI


Mencari CD untuk New Born baby, kami turut menawarkan dengan harga yang berpatutan.
Maklumat terkini di page INI


******************************************

Dapatkan Pakej Promosi terbaik dari kami..!!

all this at rm100 
and get free wet bag...
Sehingga 5 april 2012 sahaja....!!!! 

Wednesday 14 March 2012

lambattttttt lagikkkkk!!

lambat lagikkkk hari ni...adoiiiiyaiii..
this week 3 days in a row aku blk lambat...penat.. nasib baik ada adik kt umah tolong jaga anak2..
sebelum blk dpt msg 'spaghetti dh siap' ...yeayyyy!!
xpayah msk dah mlm ni..


sebut psl spaghetti, ank dara ku yg sulung pun suka mkn spaghetti..pandai je dia minta kalau certain hari perut kecil tu terasa nk mkn ala2 mat saleh..


ala..bkn ssh nk msk spaghetti utk toddler, rebus je spaghetti mcm biasa, bwg putih tu aku ketuk2 je kasi hancur..tumis skit..padtu campak kan tomato yg dah aku racik halus2 tu, lg byk la ank aku suka, ha..kot rs nk buhbayam cincang la skit ayam tu..pastu campak gak brokoli yg dh dipotong halus2...agak dh lembut sayur2 tu smua..buh la spaghetti tu..msk skit lg..lps tu...siap!!


boleh mkn sudah....nyumnyum...


harus blk terus mkn nih...huhu

Tuesday 13 March 2012

soalan biasa sebelum anda decide untuk cloth diapers

1) jenis cd yang sesuai untuk anak saya?
- kesesuaian cd ditentukan oleh byk faktor :
    * jenis (big or small cutting, material cd, button ataupun velcro)

2) harga
- berketepatan dgn budget anda atau tidak
- kuantiti anak yang akan menggunakan nya
- fully cd atau di siang hari shj

3) susah ke nk handle cd?
- jika niat hati anda mmg inginkan yg terbaik untuk anak anda, rasanya tidak ada yang susah untuk dilakukan

post selepas ini akan sy kongsi kan cara saya handle cd di rumah dan juga dengan pengasuhuntuk bertukar kpd cloth diapers

berbalik pd topik asal, sebelum anda decide untuk bertukar kpd cloth diapers do check around, survey harga, cara  menggunakan nya, cara menjaga nya dan yang bagaimana yg sesuai utk anak anda..

Sunday 11 March 2012

PROMOSI...!!!


The Latest
QQ Baby Printed


Anda rasa ia Comel...??

Ataupun yang ini....???


Nemo untuk anak anda...???

Dapatkan promosi terbaru kami Di SINI

Sunday 4 March 2012

Pre-Wash CD anda..!!

Sebaik sahaja menerima Cloth Diaper (CD)


**baca sejelasnya penerangan pada packaging cd atau label cd yang menerangkan tentang cara mencuci CD


1.Untuk CD selain bamboo/hemp/cotton ;

-          Lakukan Pre Wash sekurang-kurangnya 3 kali. Basuhan pertama boleh letak sedikit sahaja sabun (sukatan 1/4 dari sukatan yang disyorkan).basuhan yang kedua dan ketiga tak perlu letak sabun dah.
2. Bagi CD yang dihasilkan dari bamboo/hemp/cotton disarankan basuhan prewash pertama menggunakan air suam.
-    Prewash untuk bamboo/hemp/cotton disarankan minimum 6 kali.
PERINGATAN!!

CD dan insert dari bamboo/ hemp perlu diprewash berasingan dari CD yang lain 

Konsep Prewash:
basuh-jemur (1kali)

basuh-jemur (2 kali)

dan seterusnya mengikut sepertimana arahan di atas.

Tujuan Prewash:

* bertujuan untuk menghilangkan residu / kotoran dari kilang dan meningkatkan lagi proses serapan basahan.
*membuang minyak yang terdapat pada material bamboo/hemp.
*melatih inner juga insert untuk menyerap basahan secara maksimum.


Kalau tak prewash? 

pesan saya: jika CD anda leaking, atau pakai sekejap dah bocor, pihak saya tidak bertanggungjawab. 



Pesanan am:

Selepas pemakaian CD, bilas CD dan insert dengan air yang banyak. Stool boleh di flush dalam toilet bowl.Kemudian boleh dibasuh seperti biasa samada basuhan tangan atau mesin basuh.


 Untuk yang menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/ laundry net. 

Gunakan kuantiti sabun yang sedikit. ia sudah memadai untuk mencuci CD.

Jangan gunakan agen peluntur atau pelembut fabrik. Agen peluntur akan merosakkan CD dan agen pelembut akan mengurangkan penyerapan basahan pada pocket diaper dan insert.

Jemur CD di bawah sinar matahari. Kekuningan pada insert ataupun pocket diaper akan hilang selepas di jemur.


Selamat membuat Pre-wash!!!

..::Salam Perkenalan::..


Assalamualaikum dan selamat datang ke blog greenbbstore. Kami perniagaan
yang didaftarkan dengan ssm dan menjual kain lampin moden, pakaian bayi,
kanak-kanak dan pelbagai mainan dan peralatan kelengkapan untuk bayi anda.

Kebanyakan post di blog kami akan menyentuh tentang kain lampin moden untuk
baby anda.

Mesti anda smua tertanya-tanya apa istimew nya kain lampin moden aka cloth
diapers ni...boleh rujuk ke post seterusnya untuk mengetahui kebaikan cloth
diapers, cara penjagaan nya, penggunaannya, macam mana anda uruskan untuk
cloth diapers sekiranya ank di hantar ke taska atau pengasuh dan juga
pencuci yg sesuai dan lain-lain info.

Sila jemput baca post saya yang seterusnya ye...anda perlu cuba untuk
pakaikan ank dengan cloth diapers..dan insyaallah..anda tidak akan menyesal
:-)

Terima kasih.